top of page

PERATURAN

1. Ahli biasa mestilah sentiasa memakai kad.

2. Kad matrik Kolej Kemahiran Johor tidak boleh dipinjam kepada orang lain.

3. Semua bahan yang dibawa keluar dari Perpustakaan mestilah dipinjam secara sah melalui proses pinjaman di  kaunter.

4. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan SENYAP ketika berada di Pusat Sumber.

5. Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa beg, buku, fail dan lain-lain barang yang dibawa keluar dari Pusat Sumber 

6. Makan, minum dan merokok adalah dilarang di Pusat Sumber. Minuman air kosong (plain water) di dalam botol  yang bertutup sahaja dibenarkan dibawa dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. 

7. Beg dibenarkan dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber. Barang-barang seperti topi keledar, payung, dan baju hujan tidak dibenarkan dibawa ke dalam Pusat Sumber. Pengguna hendaklah meletakkannya di luar dan keselamatan bahan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. 

8. Pengguna Pusat Sumber yang membuat dalinan fotokopi atau memuat turun bahan dari kemudahan komputer yang disediakan oleh Pusat Sumber adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA. 

9. Tempahan tempat duduk tidak dibenarkan. Pengguna lain boleh mengambil tempat duduk yang dikosongkan lebih dari 20 minit.

10. Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.

11. Pengguna mestilah berpakaian kemas mengikut tatacara berpakaian seperti yang ditetapkan oleh pihak Kolej Kemahiran Johor. Pihak Pusat Sumber berhak tidak membenarkan pengguna yang gagal mematuhi tatacara berpakaian yang sepatutnya masuk ke dalam bangunan Pusat Sumber.

12. Pihak Pusat Sumber berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan menggangu ketenteraman Pusat Sumber supaya keluar dari bangunan.

13. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk kedalam Pusat Sumber.

14. Penggunaan telefon bimbit hendaklah dalam mod senyap semasa berada di dalam Pusat Sumber. 16 Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan barang peribadi tanpa pengawasan. Pusat Sumber tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan, kerosakan dan kecurian barang di Perpustakaan. 

15. Pihak Perpustakaan tidak membenarkan pemohon untuk pengambilan barang peribadi yang ditinggalkan di dalam perpustakaan selepas waktu perpustakaan ditutup.

16. Staf Perpustakaan UTM adalah diberi kuasa dan bertanggungjawab dalam memastikan peraturan-peraturan ini dikuatkuasakan dan dipatuhi. 

17. Pihak Perpustakaan berhak meminda Peraturan Perpustakaan dari masa ke semasa. 20. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023, Perwakilan kuasa di bawah Seksyen 16B, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menetapkan kesalahn dalam bidang kuasa mengenakan tindakan tatatertib tertentu diperuntukan kepada Ketua Pustakawan serta tindakan tertib terhadap pelajar Universiti adalah seperti di bawah : 

bottom of page